FATWA
HUKUM RAMBUT WANITA YANG SUDAH DIPOTONG
“Setelah kami meneliti beberapa pendapat di atas, kami lebih cenderung kepada satu pendapat dalam mazhab Hanbali bahawa telah hilangnya pengharaman melihat kepada aurat yang terpisah dari wanita. Ini kerana, telah terpisahnya ia dari tubuh badan. Di samping itu, kerana terdapat kesukaran untuk membezakan di antara rambut lelaki dan juga perempuan kerana terdapat kemungkinan rambut itu bukan sahaja dari orang lelaki dan perempuan dewasa. Barangkali ia datang dari kanak-kanak perempuan yang belum baligh. Ini juga sepertimana yang difatwakan oleh Syeikh Dr. Wahbah Al-Zuhaili Rahimahullah tentang rambut-rambut yang dikecualikan daripada pengharaman sepertimana yang kami nukilkan sebelum ini.a
Kami juga menyatakan, perbuatan memotong rambut sendiri dan ditunjukkan dengan sengaja kepada lelaki ajnabi adalah tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam mazhab Al-Imam Al-Syafie.”
.
.
.
SUKA AKAN INFO INI? INGIN KAMI TERUSKAN SHARING?
TAG & SHARE dengan rakan anda! 😊
#harabella #tipsharabella #sharingtips #fatwa
Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan