TIPS URUS ANAK

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w

1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
– Memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
– Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.


2) Umur anak-anak 7-14 tahun.
– Mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak.
– Menanam kepribadian dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.


3) Umur anak-anak 15- 21 tahun.
– Ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka.
– Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
– Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari menghardik atau memarahi mereka terutama dihadapan saudara-saudaranya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara diplomasi.


4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
– Memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri.
– Pantau, menasihati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul.


#harabella #tipsharabella #sharingtips#tipsurusanak
Kredit: LPPKN